Blog ›

Fokus Tambah Gram, Jangan Buang Masa Pantau Harga Emas

3 min bacaan
Fokus Tambah Gram, Jangan Buang Masa Pantau Harga Emas

Setiap kali harga emas bergerak, ramai yang mula sibuk. Buka carta setiap jam, tunggu harga turun sedikit lagi, takut terbeli pada harga puncak.

Tetapi bagi penyimpan emas, ada satu soalan yang jauh lebih penting:

Berapa gram emas yang anda ada hari ini, berbanding tahun lepas?

Kenapa harga jangka pendek tidak begitu penting

Turun naik harga dalam tempoh beberapa minggu atau bulan hampir tidak memberi kesan kepada simpanan jangka panjang. Lagipun, tiada siapa yang boleh meramal dengan tepat bila harga paling tinggi atau paling rendah.

Yang lebih jelas ialah arah jangka panjangnya. Selagi wang kertas terus dicetak, nilai beli setiap ringgit akan terus menyusut. Sebab itu harga rumah, tanah dan barang keperluan terus naik dari tahun ke tahun. Emas, yang sejak dahulu dianggap aset bernilai, bergerak mengikut arah yang sama.

Emosi musuh utama "pemantau harga"

Orang yang asyik memantau harga biasanya terperangkap dalam kitaran yang sama:

  1. Harga naik: menyesal kerana tidak beli awal.
  2. Harga turun: menyesal kerana sudah beli.
  3. Akhirnya: takut nak beli langsung, dan rasa lebih "selamat" simpan tunai.

Sementara itu, penyimpan yang tidak ambil peduli sangat tentang harga terus menambah emas setiap bulan. Beberapa tahun kemudian, gram mereka sudah berganda.

Contoh: mahal semalam, murah hari ini

Pada awal 2024, harga sekitar RM339 segram dirasakan mahal oleh ramai orang. Sebulan kemudian harga naik ke RM361 segram, dan tiba-tiba RM339 kelihatan murah.

Mereka yang membeli bulan sebelumnya rasa bertuah. Mereka yang menunggu pula kembali menyesal, dan kitaran tadi bermula semula. Baca juga Mahal Hari Ini, Murah Esok.

Kaya bukan soal kira-kira semata-mata

Ramai orang yang mahir dengan nombor tetap hidup gaji ke gaji. Membina kekayaan lebih banyak bergantung kepada tingkah laku dan disiplin, bukan kepandaian mengira.

Memahami kenapa harga emas bergerak memang berguna. Tetapi jika simpanan emas anda tidak bertambah dari bulan ke bulan, semua analisis itu tidak membawa apa-apa makna.

Selepas 10 tahun, cara berfikir berubah

Penyimpan yang konsisten selama bertahun-tahun biasanya tidak lagi bertanya "harga hari ini berapa?". Mereka lebih fokus kepada berapa konsisten mereka menambah gram. Harga yang dahulu dirasakan tinggi, kini kelihatan murah berbanding harga ketika mereka mula.

Sebaliknya, yang masih menunggu harga "betul-betul sesuai" mungkin hanya memiliki beberapa keping emas walaupun sudah bertahun-tahun "melabur".

Cara mudah untuk terus menambah gram

  • Aktifkan GAP Auto-Debit supaya simpanan berjalan sendiri setiap bulan tanpa perlu buat keputusan. Lihat tutorial GAP Auto-Debit.
  • Tetapkan jumlah tetap setiap bulan, bukan ikut "kalau ada lebihan".
  • Semak jumlah gram, bukan nilai ringgit, setiap kali anda melihat akaun.

Kesimpulan

Berhenti membuang masa memantau harga. Fokus kepada menambah emas secara konsisten, kerana yang terus mengumpul itulah yang akan tersenyum dalam jangka panjang.

Perlukan bantuan untuk mula menyimpan? Klik butang whatsapp.