Simpanan emas bukan jawapan untuk semua masalah kewangan, dan tak semua orang perlukannya. Bagi sesetengah orang, simpanan lain seperti ASB atau Tabung Haji mungkin sudah memadai.
Namun, ada tiga golongan yang mendapat manfaat paling besar bila mula menyimpan emas. Cuba semak, adakah anda dalam salah satu golongan ini?
Golongan 1: Yang susah nak menabung
Sudah bekerja bertahun-tahun, tetapi simpanan masih kosong. Jangankan dana kecemasan 6 bulan, simpanan untuk 3 bulan pun tiada. Setiap kali duit simpanan mula bertambah, pasti ada sahaja keperluan yang membuatkan ia "bocor" semula.
Kenapa emas membantu:
- Dengan GAP Auto-Debit, jumlah tetap ditolak terus dari akaun bank setiap bulan dan ditukar kepada emas. Simpanan berkumpul sedikit demi sedikit, hampir tanpa disedari.
- Emas tidak semudah wang tunai untuk dibelanjakan, jadi simpanan lebih terjaga.
- Bila benar-benar terdesak, emas tetap boleh dijual atau dipajak pada bila-bila masa. Lihat panduan jual atau pajak emas.
Bagi yang susah menabung, masalahnya bukan pendapatan, tetapi sistem. Auto-debit ialah sistemnya.
Golongan 2: Yang hanya menyimpan dalam ASB atau Tabung Haji
Menyimpan dalam ASB dan Tabung Haji sudah satu langkah yang baik. Tetapi jika semua simpanan jangka panjang diletakkan di situ, ada satu perkara yang sering terlepas pandang: nilai ringgit itu sendiri.
Inflasi dan kejatuhan nilai ringgit menghakis kuasa beli wang kita setiap tahun. Dividen yang diterima kadangkala tidak cukup untuk menampung kesan ini, walaupun nombor dalam akaun nampak bertambah.
Cadangan pembahagian yang seimbang:
| Jenis simpanan | Sesuai disimpan di |
|---|---|
| Dana kecemasan 3 bulan | ASB, Tabung Haji atau akaun simpanan |
| Duit yang diperlukan dalam masa terdekat | ASB, Tabung Haji atau akaun simpanan |
| Simpanan jangka panjang (2 tahun ke atas) | Emas |
Dengan cara ini, anda masih ada wang tunai yang mudah dikeluarkan, sambil simpanan jangka panjang dilindungi daripada hakisan nilai ringgit.
Golongan 3: Yang sudah kaya, tetapi tiada simpanan emas
Ini golongan yang paling ramai terlepas pandang.
Bayangkan kapal Titanic. Besar, mewah dan dikatakan "tak mungkin tenggelam". Namun bila malapetaka berlaku, yang menentukan siapa selamat ialah bot penyelamat, dan bilangannya tidak mencukupi.
Kekayaan juga begitu. Perniagaan boleh jatuh, pelaburan boleh rugi, dan dalam keadaan tertentu akaun bank atau aset boleh dibekukan buat sementara waktu, walaupun pemiliknya tidak bersalah. Ketika itu, aset yang mudah dicairkan dan berada di tangan sendiri menjadi sangat berharga.
Kenapa emas sesuai sebagai "bot penyelamat":
- Nilainya tinggi dalam saiz yang kecil
- Diterima dan boleh dicairkan di mana-mana
- Tidak bergantung kepada prestasi satu syarikat atau satu pasaran
Berapa banyak? Ramai pakar kewangan mencadangkan sekitar 10% daripada kekayaan disimpan dalam bentuk emas. Sebagai sasaran mudah, mulakan dengan sekurang-kurangnya 1 kilogram emas untuk setiap keluarga sebagai "insurans kekayaan".
Kesimpulan
Simpanan emas ibarat payung. Kita tidak tahu bila hujan akan turun, tetapi kita tahu ia pasti akan turun suatu hari nanti. Yang bijak menyediakan payung sebelum hujan, bukan selepas basah.
Berdoalah untuk yang terbaik, tetapi bersedialah untuk yang terburuk.
Jika anda berada dalam salah satu golongan di atas, inilah masa terbaik untuk mula. Ketahui kelebihan simpan emas atau hubungi saya untuk bantuan membuka akaun.
